6.11.10

.sebelum.aku.sekarang.

sebelum.
aku ini seorang jiwa kacau. serabut.
erti takut untuk aku?
dunia luar yang kacau.
akan ragut seluruh jiwa aku pergi.
dan aku sembunyi sendiri.
aku ini boneka kamu.
mainan hidup cuma huh.
kamu tak peduli akan luka aku.
yang kamu apa mahu.
cuma lihat aku tersenyum untuk kamu.
ketahui. aku hanya berpura.
setiap detik waktu aku bernafas.
aku. aku bahagia sendiri tanpa kamu.
aku punya segala tanpa kamu.
kamu itu hanya debu di angkasa.
tak punya apa makna buat aku.
sedari itu wahai pemain boneka terhebat.
aku suka diam. sendiri.
dan dengan itu aku kenal erti
b a h a g i a .

sekarang.
aku ini jiwa terluka.
yang menafi kenyataan.
masih mencari dalam cahaya.
semak. hidup ini bagai sampah.
tak tahu apa aku mahu.
serik segala isi dunia.
kepuraan kalian itu nyawa aku.
dan aku terus bernafas.
cuma aku tak bagai diri aku lagi.
aku masih mencari siapa aku.
modenisasi tak mengubah aku.
tapi jiwa kelam aku.
pelangi sepi sudah pudar.
aku hanya perlu kanvas untuk warnai lagi.

No comments: