12.3.11

warkah untuk ratu,

I
ini pertama. awak. terima kasih pernah ada untuk saya. maafkan saya kerana tak layak. tak cukup baik untuk awak. untuk sesiapa pun. sampai bila juga. terima kasih kerana awak hidupkan hati saya kembali. saya cuba terbaik untuk awak. ikut cakap mak. tak mencarut. jaga makan. jaga solat. tak makan panadol bila tension. cuba jadi perempuan. bela rambut panjang. awak suka kalau girl rambut panjang curly kan? hm. tapi saya tetap tak terdaya. awak. maafkan saya. terima kasih. awak carikan saya kepingan puzzle terakhir. kepingan luka. awak tahu. saya selalu sangat berharap dekat awak. tapi saya diam. saya ingat janji kita. janji yang kita ikat untuk diungkai. biar sehebat mana. biar setinggi langit harapan saya. saya tetap tak mampu untuk awak. maafkan saya sangatsangat. aku harus terima. janji hanya janji di mana kita harus ingkari.

II
kedua. tahu. nama contact number awak. saya selalu sangat tukar. banduan. kerana saya inginkan awak jadi banduan hati saya. selamanya. gula. sebab awak sangat comel. saya suka setiap saat bersama awak. awak selalu buat saya tersenyum. saya suka setiap patah katakata awak. awak. inbox saya penuh text awak tahu. teddy. bear yang teman saya tidur setiap hari tak kira apa emosi pun saya. saya sayang awak lebih dari sayang teddy. ratu. mungkin ini selayaknya untuk kamu. awak. dan cinta. kerana awak seorang pencinta yang agung. terlalu.
maafkan saya. seorang peluka hati. cinta pertama kamu.

III
hummingbird. mungkinkah akan ada lagi peluang untuk saya dengar awak panggil saya macam tu? heh. saya terlalu suka berharap. terlalu tinggi bukan? entah. saya akan hidup dalam bayangan awak. awak. tahu kan saya jenis macam mana. rindu bila awak jealous dengan kawan lelaki saya. hm. maafkan saya. mungkin dari dulu saya patut kekal jadi pengkid. so that hati saya tak terjebak macam nie. |: lagi. awak bukan seorang watak. awak sebahagian saya. saya dah hilang sebahagian saya yang sememangnya kosong bila awak pergi, ):

IV
keempat dan terakhir. pergilah cinta. aku bebaskan kamu. aku tak selayaknya untuk kamu. pergilah ratu. bawa terbang pergi segala magis bahagia kamu. dan segala bintang yang menerangi malam aku. biarkan aku kelam dan hilang dalam keheningan kegelapan. tinggallah aku. yang tidak pernah sempurna. ketahu. aku tetap cinta kamu,

p/s ; aku dah bunuh hati aku. jangan pernah sesiapa sembuhkan,

2 comments:

Aqeel said...

sabar la, waa

kau kan kuat ;)

NF, said...

tahu. bila baca balik. aku rasa aku jahat. tak patut kenal korang semua. im sorry for everything.