4.12.10

naif.

aku lihat anak kecil bermain riang. bergelak ketawa seakan dunia mereka yang punya. tiada hasad dengki. apa yang mereka tahu. bergembira sepuas puasnya bersama rakan sama ada yang dikenali atau tidak. kerana mereka tahu. tiada ada yang mampu merampas kegembiraan di kala itu. kenangan di zaman kecil berputar di fikiran. aku mahu seperti mereka lagi. tak perlu serabut fikir perihal dunia. ahh. anak kecil. sampai masa juga kamu akan digula gula garam dunia. kerana kamu anak kecil. terlalu naif.

kamu bergembira.
seiring masa kamu melangkah.
membesar dalam metropolitan.
dan bila kamu menoleh masa lalu.
hati kamu membentak.
alangkah naifnya aku.

p/s ; setiap diri manusia itu tidak pernah lari dari melakukan kesilapan hatta sekalipun. andai aku buat kamu terluka. maaf. aku tidak bermaksud begitu.

*aku terasa aku banyak sangat tulis puisi doe. omaigod. peliknya. -.-

2 comments:

Muhammad Zawawi (awimarchello) said...

weh.. sedih aku bace puisi ko nih..
betul kate ko..
bile pike mase silam..
rupenye bnyk aku dah buat salah..

NF, said...

:D