22.9.17

-

01:42 22/ 9/ 2017
Masa aku mula menulis post ni. This is just another random post/ rant.

Last post tentang rasa. Rasa yang aku selalu rasa.
Dan mungkin akan kekal ada. Entah sampai bila,

Kau tahu, setiap hari kau keep on wondering; Macam mana dengan future? Seriously buat masa sekarang, aku lost. Imagine aku sekarang final year student, just another semester for internship, and here I am, terus wondering ke mana hala tuju aku lepas habis belajar? Oh tambahan, hutang PTPTN 17K. Makanya dua gulung sijil pengajian yang berharga 27K hutang.

Kerja? Bidang apa? Dengan economy sekarang. Sungguh. Aku tak tahu. Terdetik, ke mana perjalanan aku lepasni. I was lucky to have a supervisor yang sedang/ telah/ akan konvo untuk PhD beliau, and bila dengar his motivational story, which is dah habis dah tahap tertinggi pengajian yang ada dekat dunia, so dia boleh focus dekat akhirat. Nampak macam wow, senang? Entah. Sebab aku tak nampak/ tahu/ rasa/ ada masa susah nak sampai ke tahap tu,

Ah, macam biasa jugak. Aku larikan diri dengan tidur.


Buang masa,
Masa yang tak akan aku jumpa lagi.

Maaf, aku sumpah lost gila.

4.1.16

Rants.


Entah dah berapa lama aku tak menulis dekat blog ni. Entah. Just random urges to rant about something. And write about it. Even aku tahu tak ada yang akan peduli pun. Masa bergerak dan tak akan ada yang masih menunggu walau setia macam mana sekali pun. Which is a good thing lah kot. Modenisasi. This post might be just like one of those tweet. Tak penting,

Hari ini, sudah hari keberapa last aku rasa aku last jadi orang. Orang yang sebetulnya orang. Some people changes to be better and some are not. Ada kenalan yang dah berkahwin/ bakal berkahwin/ dah bertunang/ bakal bertunang/ etc juga masih ada yang merangkak mencari hala tuju and I'm one of them. Kalau pusing belakang tengok balik apa benda aku dah capai dari habis SPM, tak ada pun aku boleh banggakan dekat diri sendiri. Batch aku majority semua ada yang tengah degree/ ada jugak yang dah nak habis dah pun. Aku? Lesen kereta& motor. Habis diploma sem7, itupun setiap semester ada subject kirakira yang kena repeat pfft. MUET. Oh ya, hutang PTPTN 10k. Sekarang pun duduk rumah saja jadi tunggul tak guna tunggu penerepan degree. Gila belum ada degree hutang menimbun. Seketul soft skill pun aku tak ada hmm

"Sometimes Allah doesn't change your situation, because He wants you to change your heart. He never change a situation until you change yourself."

Aku. Setiap hari ulang benda sama, tidur-makan-mandi-tidur-repeat. Aku sendiri pun dah bosan jadi seketul aku. Part of me, masih tak nak berubah.

Keras kepala.
Tapi, sampai bila?

Aku tak tahu apa yang aku nak. And aku tak tahu apa yang aku boleh buat. Ada masa aku rasa aku tak patut hidup lagi pun. I'm not afraid to admit that half of my happiness dah mati bila ayah meninggal dulu. I turnt to be anak tak guna when I slowly try lupakan ayah. Because I miss him so much. Sekarang pun aku dah lupa macam mana rasa ada ayah. I do visit his grave. Sometime.

Good thing I've moved on from my ex, F. Jumpa kesayangan baru, A Who is too good to be true wayyyy better than him. Kau tahu, tak semua benda yang kau rasa kau sayang-nak-mati buat akan buat kau happy pun. It might be the feeling that you once loved. Rasa diperlukan. Rasa disayangi. I learnt that rasa sayang pun berpada. It might hits you back. And aku rasa relationship ni boleh bawak sampai kahwin haha gila ingat tak penat ke bercinta. Emosi kot. Luckily ada orang nak tahan perangai tak betul aku ni~

Rasa url ni dah patut tukar lama dah dari umur 14 tahun guna tapi serious aku malas nak fikir sebab aku bukan rajin nak post tiap hari dah pun lulz. Kalau kerja nanti aku harap depa tak jumpa blog tempat aku meroyan entah apa ni *sigh*

04012016. Tahun masihi aku naik umur 22. Dan semakin kurang hari untuk hidup. Hari untuk bertaubat. Dan berdoa aku mati sebelum timbulnya fitnah Dajjal,

23.4.14

Phases,

I
Cari diri sendiri. Di mana kata kecil dalam hati kan sering membentak,
lagi dan lagi. Hampir semua percaturan diulang main.
Hinggakan soal Tuhan juga hampir dipersoalkan.

"Dan agama mana yang melarang penganutnya untuk bertanya?"

Hingga jawapan nyata diterima,
soal Tuhan bukan milik sahaya nya.
Belajar, belajar untuk terima.

Untuk apa difikir persoalan yang boleh saja bikin kepala gila?

II
Remaja. Mudah saja jawapan nya.
Satu langkah silap dan kau akan terima musabahnya,

Tapi, kau lupa
Kau sentiasa boleh kembali ke tempat mula.


Hingga saat langit pengampunan ditutup.

23.10.13

CintaHati

"Tak ada orang tak perlu cinta. But when it's too much and it hurts,
there's no point of keeping it.
Cinta tu seronok bila bahagia. Bila sakit nak bahagia apa?
Asyik sakit. Seksa diri. No point." - Stranger

Dari seorang stranger kepada aku.

Ketahu, aku sakit mengapa.

Aku sakit bila rasa percaya dikhianat oleh cinta.
Aku sakit bila tiada orang yang mampu sayang aku seperti cinta.
Aku sakit bila tiada orang yang mampu peduli aku seperti cinta.
Aku sakit bila tiada orang yang mampu faham aku seperti cinta.
Aku sakit bila aku tak buat terbaik untuk cinta.
Aku sakit bila aku hanya seorang loser untuk cinta.
Aku sakit bila aku hilang sesuatu yang aku sayang-- cinta.

Dan segalanya hilang. Dalam sekelip mata.

Tinggal aku, kenangan dan hati yang luka.

Sungguh diluka, aku masih percaya kepada cinta.
Aku yang dungu, masih menunggu kepada cinta.

Harap kepada cinta, yang hilang.

Aku terlalu suka akan cinta. Hingga lupa Dia.
Makanya sesuatu yang aku cinta-
Ditarik.

Agar aku sedar,
Dia, cinta yang Maha Agung.
Bukan cinta dunia yang sementara.
Dia masih sayangkan aku.

Aku perlu kembali ke jalan Dia.
Aku terlalu banyak lalai.

Jadi, sebagai kenalan-
Bantu aku.

28.4.13

dari aku. kepada aku. yang bukan macam aku,

lama menyepi dari menulis. entah kenapa. tak punya rasa untuk tari kan jari di atas papan kekunci. walau mudah. mungkin. entah. aku tak tahu. aku tak pernah kesah untuk tahu,

don't know somehow i keep losing myself. in order to find me.

lagipun serasa sekarang sudah banyak leka.
aku lupa apa tujuan aku. bernafas. setiap saat.

kadangkadang terfikir,
kenapa darah masih mengalir?
kenapa jantung masih dipam?
kenapa masih terasa sakit semalam?
kenapa suka menyalahkan tapi bukan disalahkan?
dan seterusnya,

jawapan soalan pertama & kedua,
qada' & qadar.

untuk ketiga dan seterusnya,
sebab. aku yang pilih jadi macam ni.




jujur,
aku...




















lost.


p/s; dear me, give me me.

8.4.13



Buat kamu F.

27.2.13

peace sikit?