30.1.11

duludulu,

sekarang dah form5. teringat pulak zaman nak ambik pmr. setiap hari balik jalan kaki dengan acap amin zaim lepas lepak lamalama dekat maple. borakborak pasal isu semasa. padahal laju ja mengutuk orang. lepas tu ramairamai pakat tongtong bayar. kalau masyuk sikit tongtong jamming. aku suka duduk sebelah speaker. aku suka kepala bingit. rasa macam ringan sikit kepala bila layan dia main lagu semua.

dekat sekolah pulak. selalu berkepit dengan sya. macam suami bini ja aku rasa. kat kelas. sya selalu sepah meja. aku jadi tukang kemas. aku zaman form2 pendiam. tak kisah tak bercakap. lagi happy kot. time tu aku rajin melukis. doodles ja tapi. aku pun dulu hantu camera. suka tangkap gambar. tapi tak suka tengok muka sendiri. haih. apatah aku nie. time tu pulak baru start rapat dengan sya. aku ingat lagi. tiaptiap hari dia tegur aku. ayat dia macam nie. ' wa. kau marah aku ke? ' adoi. muka aku garang sangat kot. lagipun aku jenis susah senyum. time form3 pun kalau aku duduk diamdiam dia tegur macam tu.

tapi. sekarang. 17tahun. spm. kita semua pun dah berdiri dekat jalan sendiri. aku. even aku pendek macam dulu *sigh aku tetap kena matang. dah tak boleh mainmain. adoi. serious rindu gila weh. sebab sekarang aku nie jenis bergantung dekat orang. padahal aku dulu tak macam nie. serious cakap. lepas ayah pergi aku terus jadi lain. tak macam aku dah. hm. tak nak dah jadi lalang, ):

29.1.11

ini harapan,

saya harap kamu ada apabila saya berdiri di sini.
tapi kamu tak pernah ada. |:

28.1.11

senyum walaupun kamu berpura,

menangis lagi apa. penat dah weh. aku pun tak nak lah selalu gaduh dengan mak aku. aku tak harap apa pun dari dia. aku ingat lagi. upsr. aku cakap 5a. dia kata apa tahu? aku tipu. baguslah. memang patut pulak aku menipu en. bukti kertas bodoh tu. terus diam buat bodoh. geez. tahu. aku ingat lagi. aku minta kat ayah. nak phone express music. time aku form2. tapi aku dapat nokia classic 3600 which im still using it. padahal harga sama. great. hadiah untuk result aku darjah6. dua tahun bhai. pmr. aku tak minta apa apa pun. ayah pun dah pergi. so aku diam jea. orang lain happy lompatlompat macam katak dapat result straight a. aku? lipat kertas simpan pujuk sya menangis. padahal aku pun sama kena pressure dengan family untuk result bagus.

adik aku untung. upsr tak gempak. kaklong belikan dia phone. habis pmr. tak gempak jugak. tapi abang belikan dia rabbit. comel. nama dia milo. colour sepaten dengan nama dia. kaklong pulak kata nak belikan dia dslr. haha. aku? babe. sekarang. spm. pemula hidup. aku jujur aku tak rasa aku boleh score spm. aku serious tak minat apa yang aku belajar. aku borang sbp nie main isi ja. sebab aku tahu. aku tak akan dapat masuk pun. aku nak aliran komputer. macam aliran ra sekarang. teknik pun dah cukup. hm. lepas kakak aku memekak. aku terpaksa ah pilih engineering jugak. haha. bodoh gila en.

2011. form5. aku sekolah pun macam haram. jadual macam sardin. tahu. punya ah mengharap mak aku datang lawat ke apa ke en. aku pun tahu jealous jugak kot bila parents orang lain datang lawat. haha. jangan harap ah mak aku nak macam tu. datang pun tak sampai 5minit kat situ. aku amik barang semua. salam terus balik. haa. bagus kan. tahun lepas. kira nasib baik adik aku ada. aku mintak dia tolong pujuk mak aku datang lawat. tahun nie? jangan harap ah. adik pun dah masuk asrama. jadi nurul najwa binti manan. aku tujukan kamu lagu berhenti berharap. jangan menangis lagi eh. lap air mata kamu. senyum walaupun kamu berpura,

p/s ; im wondering what will happen next, (:

27.1.11

three wise monkey.


pertama.
butakan aku dari kelibat kamu. aku benci kamu. kamu yang dahulu selalu buat aku tersenyum apabila lihat kamu tersenyum. di mana saat aku menangis dan kamu memandang jelik. hey. kamu. sedarkah kamu itu bukan aku. nanti kamu di tempat aku. kamu juga akan jadi seperti aku. seorang pengemis kasih.

kedua.tulikan aku dari cerca kamu. seolah kamu terhebat. kamu yang sempurna. tahu? kamu itu bukan malaikat. sempurna lagaknya. konon. -.- kamu juga ada cela. lagi buruk dari aku.
ketiga. bisukan aku dari katakata kamu. setiap patah adalah milik kamu. kamu yang tahu berbicara kosong.
penuh debu. kesat. aku sesak. lepaskan aku. biar aku bernafas.aku tak perlu kamu. aku tak mahu jadi kamu. raja penipu.

p/s ; kekeliruan personaliti?

22.1.11

seorang kamu.

kamu hadir di samping
cuba mencari siapa aku.
kamu cuba lukiskan senyum.
kamu tahu kemungkinan.
di mana aku hanya purapura.
derita aku dan bahagia kamu.
ini perjalanan hidup aku.
milik tunggal aku.
di mana kamu seorang penonton.
yang mampu beri tepukan belas.

20.1.11

skype,

bak datang kita webbie nanti sampai lebam ah.
hatiplastik@yahoo.com

sila letak nama penuh ye.
aku tak webbie dengan stranger. sorry. -.-

p/s ; saya budak baru belajar, *konon :D
*scheduled post

16.1.11

henry gurney,

mula sekolah. cari nama dorm. damn. dorm bawah sekali. bak datang katil bebetul depan pintu bilik budak majlis tertinggi. katil bertuah. hujung. sebelah lokar. gampang. empat dorm pertama semua muka bebudak wanted. sekolah okay. cuma kena rajin lebih. pepagi perhimpunan dah maca penjara ja rasa. spotlight bagai. pfft. haram gila. lagipun dah serasa. aku baru sedar. aku bodoh. ikut sangat cakap orang. sekarang aku macam haram. try cover semua subject. fakta. aku salah masuk aliran. |:

p/s ; middle finger.

14.1.11

anak jalanan,

dari kecil dibentuk dia.
lalu jadilah begini.
seorang dari darah kamu.
yang tidak pernah dikasihi.
sebagaimana layaknya.
jauh sekali.

dia terkadang kala berfikir.
anak jalanankah dia.
ditaraf kemudian dipersiakan?

dia menangis. sepi dalam hati.
tegang apabila ketemu kamu.
semua rasa semakin bersatu.
dia lalu menghilang diri.
membawa lara.

2.1.11

azam konon, -.-

- tahun nie spm. belajar lebih. main kurang. wootwoot. :D
- nak fly sekolah satu hari nanti. final year lagipun en. :D
- rajin baca buku. hee. :D *konon
- jatuh cinta dengan addmath. maths. chemy juga physics. (: *keningkening
- berdiet. nak kurang 3kg lagi. sekarang 48kg. damn. )':
- err. berkawan dengan ikhlas? (:
- rajin tanya cikgu kalau tak faham. *setiap subject
- concentrate. concentrate. tak ada cintacinta. (:
- belajar leklok. result bagus = france. wootwoot. :D
- nak rambut panjang. cuba jadi perempuan sikit walaupun rimas en. -.-
- try untuk senyum? -.-'
- haa. kurang carut dan kurang makan maggie. -_______-

p/s ; kaki ahh. azam ja lagipun. haa. pulang ke sekolah. nurul najwa manan. goodluck. kau tahun nie spm. ingat kena dapatkan straight A+. tunjuk kat dia yang kau boleh. kau kan anak ayah. kasi tunjuk muscle. ehh. lemak ja tapi. heh. tak apa. aku sihat. :D

cinta luka.

aku bukan sesiapa nak tentukan hukuman untuk kamu. mungkin kamu lupa. aku bukan untuk diramal. aku juga bukan untuk ditentukan. aku ini gumpalan benang. berselirat. yang akan belit jiwa kamu. rakus. sehingga jadi debu. lalu aku biar kamu ditiupkan angin lalu. pergilah serpihan diri kamu. jauh. jauh. dan bawa luka aku pergi bersama. aku. ini aku. dunia aku. dunia di mana aku telah jatuh tersungkur. aku tak akan berdiri lagi. walau kamu hanya sekeping debu. yang tertinggal pada diri aku. kamu lalu menjadi sebahagian aku. kamu tetap memori aku.

p/s ; tidak specific kepada seseorang. random. -.-

1.1.11

14hari,

sekejap ja 14hari sudah berlalu kan.
rasa macam kita semua dah lama kenal.
tahu. aku serious akan rindu kalian. ):

ayna ; kuatkan diri dari kutukan kakak cashier tu semua. tahu.
yana ; baby boo aku. jangan cepat menangis okay. kau kuat.
amin ; nanti cuti ajak aku kerja lagi doe. aku nak jumpa ramai kawan lagi. ):
naz ; stop tumbuk bahu aku. sakit juga kott. haih. -.-
khalil ; counterboy. kita stop bahan membahan lagi. okay?
is ; err. tapau lunch samasama lagi eh?
zack ; kerja leklok bro. jaga diri tahu. ):
zam ; haa. nanti beli icecream sendiri eh.
sufri ; err. jangan emo sangat lah?

with yana. (:

ayna & yana.

us. (':

dan terakhir.
abang angkat aku.
zack. budak rempit pelesit. heh.
gua nanti rindu lu doe. serious. ):



p/s ; kerja aku senang. jadi promoter. bahagian bra.
pertama kali kerja en. -.-