30.1.11

duludulu,

sekarang dah form5. teringat pulak zaman nak ambik pmr. setiap hari balik jalan kaki dengan acap amin zaim lepas lepak lamalama dekat maple. borakborak pasal isu semasa. padahal laju ja mengutuk orang. lepas tu ramairamai pakat tongtong bayar. kalau masyuk sikit tongtong jamming. aku suka duduk sebelah speaker. aku suka kepala bingit. rasa macam ringan sikit kepala bila layan dia main lagu semua.

dekat sekolah pulak. selalu berkepit dengan sya. macam suami bini ja aku rasa. kat kelas. sya selalu sepah meja. aku jadi tukang kemas. aku zaman form2 pendiam. tak kisah tak bercakap. lagi happy kot. time tu aku rajin melukis. doodles ja tapi. aku pun dulu hantu camera. suka tangkap gambar. tapi tak suka tengok muka sendiri. haih. apatah aku nie. time tu pulak baru start rapat dengan sya. aku ingat lagi. tiaptiap hari dia tegur aku. ayat dia macam nie. ' wa. kau marah aku ke? ' adoi. muka aku garang sangat kot. lagipun aku jenis susah senyum. time form3 pun kalau aku duduk diamdiam dia tegur macam tu.

tapi. sekarang. 17tahun. spm. kita semua pun dah berdiri dekat jalan sendiri. aku. even aku pendek macam dulu *sigh aku tetap kena matang. dah tak boleh mainmain. adoi. serious rindu gila weh. sebab sekarang aku nie jenis bergantung dekat orang. padahal aku dulu tak macam nie. serious cakap. lepas ayah pergi aku terus jadi lain. tak macam aku dah. hm. tak nak dah jadi lalang, ):

2 comments:

Muhammad Zawawi (awimarchello) said...

perghhh... najwa dah matang doe..

paranoid. said...

matang kejadah nya. aku still bergantung kat orang kot. -.-