28.8.10

bodoh.

okay. maybe tajuk agak kurang ajar.
but aku rasa sesuai kot dengan apa yang aku rasa.
serius lah weh.
ini bukan cara kau nak ajak orang berborak dengan kau.
macam bodoh gila kot.

okay. female fakers.
apa perasaan korang bila orang [boys expecially ]
tegur korang macam nie.

' hye awak. (: '
' sehat ke? '
' puasa tak rini? '
' puasa penuh tak? hehe. '

duh. sumpah menyampah gila kot.

APA MASALAH KAU NAK TAHU ORANG PERIOD KE TAK?

FYI. kau patut BERSYUKUR if seorang perempuan tu PERIOD. ITU TANDA DIA BOLEH MENGANDUNG TAHU.
tanda penyambung zuriat bila dah kahwin nanti.

LAINLAH KALAU KAU TAK BELAJAR SAINS.
tapi menda alah nie semua orang pun tahu kan.

SERIUS aku benci orang dok bahan girls yang tengah period.
boooooooooddddddddooooooooooooooooohhhhhhh!!!

sekurang kurangnya girls ta puasa sebab period.
alasan yang kukuh dan munasabah.
BUKANNYA KORANG YANG PONTENG PUASA TANPA SEBAB.
lepas tu bahan girls period.
tak sedar diri awak tu lagi perangai jahanam. -.-

okay. noktah.

konklusi ; penat jawab soalan bodoh nie. -.-

round we go.
the world is spinning.
when it stops.
it's just beginning.
sun comes up.
we laugh and we cry.
sun goes down.
and then we all die.
-samara's song-

27.8.10

mungkin.

sekarang jiwa semakin kacau dan menjadi sepi seperti dahulu.
ini yang aku mahu. jadi aku tak kesah perubahan ini.

kata kata juga semakin mengikut skema buku teks. haih. -.-
entah. mungkin aku baru sedar.

banyak kata kata aku coretkan dalam puisi.
tidak banyak berkaitan dengan hidup aku.

okay. berkaitan puisi dalam post sebelum nie. telukG.
act idea tu datang time cekgu aisyah bercerita.
cekgu aisyah ajar bahasa melayu.
cerita dia pasal bernas kalau tak silaplah.

bernas yang berkaitan dengan israel dan sebagainya.
hm. aku banyak idea bila time cekgu aisyah.
aku suka gila kot. walaupun time nie ramai gila yang tidur.
dan macam biasa juga.
selalunya aku seorang ja yang duduk belakang tak tidur.
macam pelik juga lah. =='
sebab time yang lain tu aku senang gila tidur.

konklusi ; aku sayang cekgu aisyah. :D

telukG.

-khasbuatpejuangbumiGaza-

sedang dalam sepi.
bagaikan aku terdengar.
jerit tangis derita.
teriakan hati sengsara.
mereka di sana.

tuhan.
kuatkanlah hati mereka.
agar tabah menangani luka.
ciptaan manusia durjana.

semoga mereka menang.
dalam dugaanMu ini.

21.8.10

20ogos2010.



tujuan ; jumpa ella. (:
*awek di atas.

lokasi; mid valley.

theme; baju kurung.

aisyah. (:

ella dan peace.

tiga.

aku dan ella.
*aku gemok dah.

ella dan aisyah.

toilet. -.-

semua pun. :)
aku. echah. ellarawks. aisyah. niniski.
*yang tak ada; saranes dan emanda.

yeah. tak seberapa nak teruja dengan post ini.
btw eh. aku memang muka kampung.
tak payah komen apa pun.
fullstop.

15.8.10

rindu.


serasa seperti diri ini sudah seperti dahulu.
hanya sendiri dalam diam. sepi sang pelangi.
tapi yang beda hanya tiada kamu di sisi.

khasuntukkamu.
syakilasodikin.

serasa macam dah tak dapat terima semua itu semula . semua bagaikan lakonan semata . hanya sebuah kisah imaginasi untuk mengaburi mata . tiada yang dapat mengubah perjalanan sebuah cerita . mereka hanya pandai berkata . hipokrit untuk menutup segala .

*pinjam kata kata syakila sodikin.

sayang. jiwai kata kata ini.
milik sebuah jiwa.
yang penuh makna.
jiwa itu luka.
dan jiwa itu derita.
dalam sendiri.
dan kamu.
aku juga jiwai ini.

14.8.10


katakata arahan kamu.
dia turutkan segala.
tanpa ada bicara.
walaupun dia terluka.
dia masih tersenyum.
hanya untuk kamu.
tapi kamu.
dia soldadu mainan cuma.
sedarlah kamu wahai pujangga.
inilah pengorbanan cinta baginya.

khasbuatkakakbunga.

in the dark.


12.8.10

untittled.


letih sudah aku.
sudah jerih.
puas segala jerit kecewa.
kini sudah.
aku mahu berhenti.
dari cengkaman celaka kamu.

with the help of NINISkacak.

10.8.10

05julai2010.

okay. act minggu nie ada test. hoeh.
macam biasa lah jugak lah.
aku study macam mana pun tak dapat jawab paper gak.
dan aku rasa terbaek ialah fizik. :)
kertas terakhir hari ini dan juga penutup segala paper
selama tiga hari ini. [ start selasa ritu ]

okay. fizik. start pukul 2.40 sampai 4.20petang.
semua orang pun study macam biasa dalam kelas.
then zawani asri @ chong start merepek kat whiteboard.
dan terbaek.
dia tulis semua formula fizik kat board.
then tajuk dia sebagai formula addmath.
bukannya formula fizik.
hoho. sumpah sengal gila. :D

duh. gila betul. then petang uh pulak cekgu
yang ajar kitorang fizik jaga paper kitorang.
ceh. cekgu senyum senyum ada lah.
sengal! -___________________-

*thats why aku lagi suka fizik dari chemy.
tak ada kena mengena. okay.

hopefully aku lulus test nie.
tambahan dengan formula yang gila kat board uh.

konklusi ; oh jabirians. -.-