30.11.10

k a w a n .

kawan. setiap dari kita punya kawan. sama ada realiti. imaginasi atau maya. setiap apa yang menghubungkan kita. itulah kawan. tapi hakikat. betulkah setiap kawan yang kita miliki itu benar benar kawan. bukan maksud aku kawan rapat. kawan baik atau kawan biasa. tetapi setiap apa yang ada dalam setiap diri kita.

aku berani kerat jari lah kalau korang pernah gaduh dengan sesorang yang korang pernah gelar kawan. tak ada nya korang nak mengaku kawan lagi kan?

serius korang akan cakap macam nie
'oh. aku kenal budak tu. '

takda nya akan keluar dialog macam nie
' oh. kawan aku tu. '

kan kan?

ada sesetengah orang memang jenis memilih sikit bab berkawan. yelaa. orang tuatua kan selalu cakap kawankawan tu lah yang akan membentuk siapa kita suatu hari nanti. aku serius tak pakai pun cakap orang tuatua nie. *yang nie jelaa zaman dah maju. guna facebook addadd orang pun dah kata kawan. bhai. addadd kat facebook pun kalau boleh budakbudak HOT lah kononnya. serius tak boleh pakai. -.-

tapi kawan bagi aku. orang yang aku kenal diri dia. okay. jujur cakap. aku jenis tak kesah dengan siapa aku kawan. sebab aku tahu. aku takkan jadi macam diorang. aku kawan dengan semua jenis orang. budak drug. gam. basikal. cc. motor. budak minum. masalah family. lari rumah. haa. yang masalah diorang lagi bertimbun dari masalah aku lah senang cakap. kalau kau nak bantai drug depan aku pun aku tak kesah.

kalau ada kawan aku yang dah berubah jadi lebih baik atau lebih teruk. aku tak boleh nak cakap apa lah. diorang yang pilih jalan diorang. tapi aku tak kesah diorang macam tu. sebab aku tahu. diorang happy dengan cara hidup diorang. setiap diri mereka yang baru. aku tak pernah tengok diri diorang yang baru. aku pesimis.

aku punya kawan di mana aku sanggup mati demi mereka. kalian?

29.11.10

hujandanpelangi.


turun rintikan hujan.
menemani sendu aku.
lalu aku bisikkan derita.
dan dibawa pergi titisan air.
tenggelam. tanpa jawapan.

mungkinkah.
munculnya pelangi lagi
untuk mewarnai aku?

citacita.

entah kenapa tetiba aku nak cerita pasal citacita. mungkin sebab ada orang tetiba tanya aku apa citacita aku. hm. jawapan standard aku. entah. aku sendiri pun tatahu. tapi aku ingat lagi. time kecik dalam biodata aku. aku tulis citacita aku guru. guru bahasa melayu. standard untuk budak sekolah rendah lah beb. time tu tahu kerja polis. ahli bomba. guru. nelayan. petani. sciencetist haa lagi apa tah. bikin gila jugak lah kalau aku tetiba tulis nak jadi nelayan ke petani ke even kerja tu mulia. tapi cuba kau fikir balik secara logik lah. kat kajang nie mana nak cekau pulak laut dengan tanah aku nak berjaring atau bercucuk tanam bagai. anyway memang aku tak minat pun dua kerjaya itu. -.-

aku selalu nak jadi guru sebab aku rasa jadi cikgu sangat comel. lagi best sebab time hari guru dapat hadiah banyak. hoho. memang fikiran budakbudak betul aku nie kan. tak apa. aku kecik lagi time doe time tu. sekarang. aku dah besar. *lahh sangat serius cakap tah bila citacita aku memang 100% takkan nak jadi cikgu punya. sebab aku baru tahu kerja cikgu tersangat susah. nak layan kepala budakbudak bagai. sorry lah aku memang tersangat anti budakbudak. leceh gila bhai. -_____________________-

okay. fullstop pasal time aku kecik tu. okay. citacita aku sekarang. aku terfikir nak jadi macam arwah ayah. programmer. atau handsome sikit aku nak jadi jurutera perisian. (:

27.11.10

sinis.

aku coretkan khas kepada kamu.
kamu yang bijak. tapi punya fikiran sempit.
sudah tentu kalah di tangan orang dungu tapi punya fikiran terbuka.
kerana kamu tetap akan punya satu sakit selamanya.
kejutan budaya.

26.11.10

happy birthday love.

iloveyougulagula♥
always.

25.11.10

persetan.

aku berdiri. menatap panorama kota.
kaget segala aksi manusia.
manusia demi manusia.
aneh. setiap satu daripada mereka.
ada cerita derita. ada cerita bahagia.
tapi bagi aku.
dunia tetap alam permainan.
terus berjuang atau dipermainkan.
aku. hampir mengalah.

24.11.10

laugh out loud biatch. (:


aku tergelak ja bukak blog budak convent ni.
ooopps. aku mentioned convent eh? :D
maaf saya sengaja. (:

*tak sangka dia jadi follower aku -.-

*click for bigger view

enjoy your day fakers. keep on badmouthing on others. (:
till you are in my shoes.

p/s ; dia terus unfollow. lawak gila heh. :DD

r a c c o o n . -.-


kay muhammad helmi.
aka saya mika ra.
nama pendek aku cipta.
ra-kun @ raccoon.

semalam lepak dengan dia.
selamat jugak aku pergi balik semenyih.
buat pertama kali eh. seseorang pulak tu. -.-
yeah. aku lagi pendek dari korang.
siott punya ra. capix sama haziq.

okay. ini cerita.
kes sengal tetiba pergi apply kerja cashier.
kat the store semenyih. -.-

*message
ra ; N0ia.. agk2 kte dpt x kje kt the st0re 2.
me ; macam tak akan dapat ja aku rasa. adoi. -.-
ra ; Tau xpe.. mcm ja0o0oh je dri jawatan cashier 2..

-_______________________-

p/s ; sengal. aku nak jugak amik test math tu. adoi. -.-
kesian kau nak cekau mana rm400 duit pecah lokar. kuikui. :D
lawak ja doe aku fikir balik.
aqeel. next time kau off kerja.
kita hangg okay. (:

23.11.10

aku.

aku marah.

aku benci.

aku sedih.

aku bengang.

aku kecewa.

aku lemah.

aku..
aku penat.

20.11.10

things to do.

for this great ho [ mework ] liday. -.-

- jogg setiap pagi. get into my shape back. i'm 50kg duh.
*mahu kuatkan stamina. hockey eh. -.-

- finish my effing 'thin' file of homework. damn it.

- jumpa awekawek kesayangan saya. imissyouguysalot. ):

- kenduri kahwin kaklong? hm. -___-
*i'm jobless anyway

- tertekan. okay. noktah. |:

eff. -.-

*click for bigger view

yess. i'm stupid enough for SBP.
urghh. okay.
bukti nyata juga aku tak suka bab kirakira.
-___-

tahun depan spm.
dan aku tak insaf lagi.
*sigh


h e l p ?

17.11.10

modenisasi.


masa berlalu terlalu pantas.
aku tak berdaya menahan lelah.
lemas diapit segala perubahan.
aku tenggelam dan menghilang.
percaturan hidup yang celaru.
aku buntu apa yang berlaku.
kerana aku bukan seorang haiwan sosial.
dan aku tidak seperti kalian.
yang mampu miliki segala apa kehendak.
situasi di mana aku terlintas.
mudahkah hidup seorang diri ini?
yang tidak punya apa apa.

14.11.10

pelancau.

orang kata bila dah masuk sekolah asrama penuh mesti pandai gila. nanti spm confirm dapat straight A+. tapi orang tak tahu. tekanan apa yang aku rasa. environment study dia. serius macam bilik mayat.
hm. entahlah. fail? ahha. sejak aku masuk kott bersepah paper failed. sial. bila tak dapat result bagus. bayangkan. bila orang yang kau harap nak bagi kau semangat untuk bangun. dia cuma bagi katakata yang buat kau rasa kau mati lagi baik. hm. arwah ayah tak pernah buat macam nie. kalau aku jatuh. dia akan bagi aku semangat untuk bangun lagi. tunjuk apa yang aku mampu buat. sekurangkurangnya aku dah berusaha apa aku mampu. aku perlu katakata ransangan you moron. bukan dengan katakata yang buat aku rasa hidup ni tak guna langsung. tahu. sakit gila apa yang aku rasa nie.

mungkin kamu tak rasa apa yang aku rasa.
selagi kamu tak berdiri atas kaki aku.

ihatemyselffornotbeingtheoldme. )':

13.11.10

dear you.

im sick of you. i have enough of you.
the ugly truth is since the first time you make me cry over you.
i hate you.

khas ditujukan kepada muhammad naim amirnudin.

12.11.10

my bad.


pernah bagai kekasih.
tapi itu masa lalu.
kita terpisah.
dan semakin jauh.
bertemu. dan hampir bisu.
tidak terluah.
adakah kita akan begitu seterusnya?
aku rindu kamu.
dan juga aku yang dulu.
maafkan aku.
andai aku buat kamu terluka.
ketahui ini wahai pelangi.
aku sayang kamu.

syakila sodikin.
imissyou.

its not over.


*thanks for the song.

6.11.10

.sebelum.aku.sekarang.

sebelum.
aku ini seorang jiwa kacau. serabut.
erti takut untuk aku?
dunia luar yang kacau.
akan ragut seluruh jiwa aku pergi.
dan aku sembunyi sendiri.
aku ini boneka kamu.
mainan hidup cuma huh.
kamu tak peduli akan luka aku.
yang kamu apa mahu.
cuma lihat aku tersenyum untuk kamu.
ketahui. aku hanya berpura.
setiap detik waktu aku bernafas.
aku. aku bahagia sendiri tanpa kamu.
aku punya segala tanpa kamu.
kamu itu hanya debu di angkasa.
tak punya apa makna buat aku.
sedari itu wahai pemain boneka terhebat.
aku suka diam. sendiri.
dan dengan itu aku kenal erti
b a h a g i a .

sekarang.
aku ini jiwa terluka.
yang menafi kenyataan.
masih mencari dalam cahaya.
semak. hidup ini bagai sampah.
tak tahu apa aku mahu.
serik segala isi dunia.
kepuraan kalian itu nyawa aku.
dan aku terus bernafas.
cuma aku tak bagai diri aku lagi.
aku masih mencari siapa aku.
modenisasi tak mengubah aku.
tapi jiwa kelam aku.
pelangi sepi sudah pudar.
aku hanya perlu kanvas untuk warnai lagi.

khas ; amir aimran.

pujangga hati.

tersenyum aku sendiri.
membaca kiriman hati kamu.
bagai anak kecil lagaknya.
comel sekali susunan kata kata kamu.
menarik juga ringkas.

selembut warna biru bingkisan surat itu.
warna yang punya makna keteguhan dalam kelembutan.

teringat kali pertama kita bertemu.
kamu ditemani saudara kecilmu.
keriangan mereka dimanjakan kamu.
buat aku tersenyum mengenangkan.
tak diduga akan aku.
kamu terlihat aku tergelak kecil.
dan kamu ketawa lalu hampiri.
lalu unjurkan saudara kecil itu.

di situ kita berkenalan.
dalam rintikan hujan di permainan.
dua hati terpaut. lantas satu janji terpateri.


p/s ; khas untuk amir aimran burhanudin.
sorry aku banyak gila merepek.
semua katakata nie adalah coretan kosong.
jangan kau pikir lain plak. tak ada makna bhai. -.-

*tak nak dah betting tulis puisi untuk kau.
lawak gila doe aku baca balik. :p

5.11.10

memories.

nobody forgets what happens,
the secret is learning to live with it.

kill me inside.

Emo Myspace Comments

i'm helpless.