31.12.10

counting,

happy? senyum? sedih? bengang? benci? takut? arggh. aku tak tahu. |: pergi mampus dengan masa. pergi mampus dengan hari. bulan. tahun dan apaapa saja lagi. aku dah penat. yupp. aku anak terpinggir en. bagus. nurul najwa like this. [:

29.12.10

i AM lifeless.

aku intai apa di sebalik tirai buluh.
dan aku lihat hanya derita.
lalu tekad aku mahu kekal begini.
akulah hamba ego.
*maafkan aku. ):

28.12.10

ill make this quick.

waklu. aku baru jumpa modem.
so kepada budakbudak yang rajin nak chat dengan aku. sorry gegila. -.-
- pfft. gaji dapat 31hari bulan t.
- duh. baju sekolah tak beli lagi. err. sekolah? *sigh
- aku miskin sekarang. tak payah ajak keluar.
- gaji aku sejam rm3.50 :D *sama dengan kerja kfc wootwoot
- aku phone tak ada kredit. rajin topupkan ah.
- single. tak ada couple lagi. haih. -.-
- kerja aku tak macam orang dah. keluar pagi balik malam.
- tak kemas bilik tidur lagi. adik aku bising. *diam ah lu budak
- aku tak siap homework lagi. aku serious duh.
- aqeel jessica berlagak dah dapat modem. -__-
- aku rasa nak sepak orang. (:

26.12.10

puzzle.

aku cipta mainan aku sendiri. di mana aku musuh. aku lah kawan. dan aku jatuh. ego. dendam. aku tak akan bangkit lagi. biar aku begini. aku tidak perlu perhatian kamu. ini aku. si hipokrit. aku tak mampu tinggalkan bayangbayang aku. kerana itu aku. yang terus menghantui aku. untuk menjadi seorang aku.

24.12.10

elmo ♥

22.12.10

aku ini bintang. ingin menerangi hati kamu.
tapi sayang. aku jauh di langit. maafkan aku.

20.12.10

kerja,

dapat kawan baru named aina & yana. break semua dengan diorang dan amin. -.- semalam kesian sufri. *kawan lama kat sekolah agama dulu di mana kalau aku jumpa dia aku bagi panadol sebiji setiap kali aku datang sekolah agama hari yang ada kelas bahasa arab ja. aku suka bahasa arab dulu. serious. -.-
okayy. sufri. dia pusing kat bahagian bra tempat aku kerja en. nak ajak aku break lunch sekali. satgi kena sound pulak dengan kakak yang jaga bahagian bra sekali dengan aku. haih. kesian kau budak. tapi beb. aku serius respect kau doe. wa angkat tabik spring ah bila wa tahu lu jadi ketua pengawas kat smk saas tu. *smk sultan abdul aziz shah. serius hebat ah lu. :D

customer. -.-
my first customer. seorang kakak yang sangat baik sanggup tunggu aku cari bra renda renda yang dia pilih. tahi. dahlah banyak gila rendarenda bagai. terima kasih ehh kak saya budak baru belajar. :D

p/s ; aku bukan kes microsoft. tapi kes kertas word. err. ada ke? um. tak apa lah. tak kesah. -.- okay. kerja. kerja. :D

17.12.10

kerja ♥

firstofall.
im not jobless anymore.
woot woot. :D

aku dapat kerja kat bahagian perempuan.
specific sikit bahagian bra.
hee. kerja pertama aku comel kan. :D

kerja rm400 untuk dua minggu.
kira okay lah en.
aku nak buat belanja sekolah nanti.
* ++belanja budak tu.
aku ada janji en kat kau. hee. (:

kenapa kerja?
yea. asrama kena guna banyak duit doe.
takkan nak beban mak aku lagi. hm. |:
ada classmate suruh aku minta biasiswa anak yatim.
tapi aku tahu ada lagi perlukan dari aku.
so aku tak kesah sangat lah. (:

extra energy diperlukan.
kerja sekolah banyak tak siap lagi pulak tu. haih.
tak apa lah. pengalaman kata orang.
++bagus betul ada pulak member lama kerja kat situ. :D

p/s ; maybe jarang update lepas nie. -.-

16.12.10

)':

dear you. aku serious rindu kau. kau kata tak nak jauh lagi dari aku. tapi kau sendiri yang away dari aku. yeah. aku mengaku aku tengah menangis typing this stupid post to make it clear for you. imissyoulikehell. ): kita pernah janji. aku ingat janji aku. aku tak pernah lupa kau. aku mengaku ahh aku kadangkadang terasa. tapi aku tahu kau tak sengaja. aku tahu aku dah tak boleh bergantung dekat kau lagi. kita ada haluan sendiri. tapi aku nak kau tahu. aku sayang kau lebih dari aku sayang diri aku. kau orang pertama yang tarik aku dari mimpi aku. untuk ini. kau tetap tak pernah bersalah dekat aku. aku yang cepat terasa lagipun. maafkan aku. okay? kita jadi macam dulu lagi eh? kita masih kawan baik lagi kan? . . . . *menangis

15.12.10

sepetang, (:

bersama aqeel. hazim. haziq. ra. syafiq. zahid.
yes. i am the only girl among them. pfft.

mines. wayang. err. ngangkung.
seriously bosan. lawak tipikal melayu duh. -.-
mereka bowling. gelakgelak.
cerita dan lollipop.

p/s ; thanks hazimARIFF ingatkan aku update blog. -.-
aku supra sapra tak reti eja lagipun.
serious jangan buat aku gelakgelak sampai pipi cramp lagi.

14.12.10

insom-nia.

kaku. hanya menatap langit kelam.
menanti bintang berkelipan.
bagai kunang kunang.
dan bayu malam menyapa lembut.

terkenang.
entah bila aku berterusan begini.
ucapan selamat malam aku terima.
tak punya apa makna buat aku.
huh. siasia.

aku. takut mungkin.
andai aku berakhir dalam hidup.
tinggal segala luka belum diubati.
keras. aku terasa berat.
dan aku tak rela begini lagi.

dan akulah hanya mayat hidup itu.

13.12.10

niwhak , kahwin (:



abang muka teruja apahal tah -.-

amy & asiah.


toyol -.-

ceh. berlagak pengantin.
padahal makan kat meja pengantin ja. -.-'



adik.

angah.


abang.

okay. aku nampak gemuk. O:
ini fakta. aku tak suka budak kecik.
tapi dengan abang tu aku masuk pulak. -.-

*atas nie gambar aku dengan angah.

gambar aku tak ada sebab aku photographer.
dah gambar buruk diamdiam ah.
++gambar tak banyak aku malas upload.
lama gila sohai. -.-


last.
aku malas tak tahu nak tulis apa lagi. -.-


selamat pengantin baru.
nurul munirah bt manan ♥ nazrulhisham b datuk mahmud


12.12.10

sambungan, [ ? ]

lol. aku serius gelak macam haram doe. haha. ingat tak kes nie? sungguh baik ada pulak orang tetiba rajin nak kecohkan kes nie. eh. kau. sungguh pun aku nak malukan budak tu en. sekurangkurangnya aku covered en url dia semua. even NAMA dia en. eh. dah budak kurang ajar tak payah nak baik tolong back up konon. tengok dulu lah bhai siapa start masalah dulu en. setakat nak kutukkutuk tadahal lah weh. aku kebal dah. ni bab main nama makbapak apa kes? weh. aku tahu kau tua dari aku. tapi kalau kau nak sangat datang nak maki aku. bak datang. apa kes nak main tembaktembak kat blog? kasi jawab ah. siapa budakbudak sekarang?

p/s ; you're such a LOSER. -.-

11.12.10

ainol luqman,


thanks budak shared dengan aku pasal kau semua.
family gfs status kawan pelancau semua ah.
haha. balik rumah. on facebook.

list kau as a sister.
omaigod. baik nya aku. haha :D

10.12.10

gulagula pun tak semestinya manis.


pergi mampus dengan dunia.

hati sakit dengan semua orang. apa aku buat salah. semua tak betul. aku bodoh. aku anak sial. tak kenang budi. serius cakap aku malas peduli kau nak cakap apa lagi. aku duduk sorang sorang dalam bilik tak kacau kau pun. aku duduk diamdiam. aku layan perasaan kacau aku. aku muzikkan semua lagu anjing kata kau. itu hidup aku. kau bukan sesiapa lagi bagi aku.

tahniah. aku tak macam aku. setiap cebisan diri aku hilang dah lama dah. aku dah lama mati. tak payah kau nak berangan jadikan aku manusia semula konon. lancau. kau memori yang aku dah buang jauhjauh. memang aku bukan anak pavi macam kau. aku budak kampung. duduk rumah. terperap. anak mak. aku tak hot macam kau. aku tak lawa. tapi aku tahu aku bukan kau. and aku takkan jadi macam kau. pergi mampus dengan hidup kau. pergi jauhjauh dari aku. dengan senyum lebar aku alualukan kau pergi. aku boleh hidup tanpa digulagulakan dusta kau manusia. noktah.

9.12.10

another.

setahun sudah berlalu pergi.
aku rindu kamu. terlalu.
semoga kamu bahagia di sana.
ayahanda tersayang.

7.12.10

.fantasi.mimpi.realiti.

seringkali kita bangkit dari lena. kita tersedar dari sebuah mimpi. entah mimpi pelik. kejam. gembira. sedih. entah apa lagi jenis mimpi yang pernah kita alami. mimpi. kalau itu mimpi di mana kita bahagia atau sengsara. segera sedar wahai diri. itu fantasi kamu. dan mainan syaitan buat kita lalai. bingkas bangun hadapi rintangan hidup kamu. walau ia tidak seindah mimpi. kerana. itulah realiti.

fantasidanrealiti.

fantasi.
seakan syurga dunia layaknya.
di mana akulah tuan akulah hamba.
sahaya apa yang aku kehendak.
semua di bawah telunjuk.
diri seorang aku.
kerana aku.
aku pemilik fantasi ini.

realiti.
aku kembali menjadi seorang insan.
hidup bertuankan wang.
seakan anjing dunia.
aku masih punya perjalanan.
kerana aku.
masih seorang hamba dunia.

p/s ; fantasi dan realiti aku adalah satu. dan itu. aku namakan kehidupan. (:

5.12.10

senja.

sepetang aku di jalanan.
dan insan serahim di sisi.
melihat segala karenah manusia.
kami tidak dipeduli.
agaknya dianggap anak jalanan.
pesimis sungguh manusia.
entah. aku terus mengatur langkah.
ikutkan ke mana saja ia menuju.
aku susuri pula pantai.
bau laut diiringi camar pulang.
bunyi ombak menghempas dayu.
matahari kian berlabuh.
sungguh indah detik ini.
adakah akan berulang lagi.
andai bumi terus dikejami.

inspirasi ; zulhalim ramli
1900. 05disember2010

p/s ; tetiba aku puisi pasal bumi pulak nie? besar nanti aku jadi activist agaknya. hoho. :DD

smile.

they brighten my days.
left ; anum. haziq. topek. acap.

anum.
sorry first jumpa kau dah kena sepak dengan aku.
okay. lain kali jangan buat aku bengang.
yossh. im your adik abang. :D
poli leklok eh abang weh?
abang? gelimatt. ahha :DD

haziq.
serius bulu mata kau lawaa dohh. -.-
yeah. join jogg ramairamai terbaik nyahh. (:

topek.
tatahu nak cakap apa.
kau basket hebatt? haha :DD
okay. aku tak suka basket.
jangan paksa aku main lagi. -.-

acap.
yossh budak kau terbaik.
okayy. aku gemuk.
tak payah tayang lengan kau tuu.
geli aku nyahh.
-________________-


p/s ; pagi pagi aku dengan adik aku join diorang jogg.
nak kurus. tapi tak kuruskurus pun -__-
yeah. selalu kena buli.
anum dengan topek dah balik poli.
sekarang aku dah stop jogg.
merenyam katil bangun tengah hari. hoho :D

pura - pura.


.t.e.m.a.n.

ada antara kita belum ketemu.
modenisasi merubah segalanya bukan.
aku mahu kamu tahu teman.
dekat kau. jauh kamu.
semua kekal pada diri ini.
kadangkala mungkin aku beranggapan.
kalian hanya angin lalu.
proses mendewasakan aku.

maaf atas segala kesilapan.
di mana aku tidak selayak bagi kalian.

4.12.10

buat zulhalim ramli.


kawan.
selagi hubungan tu masih teguh.
mereka tak akan pecah.
sampai bilabila.
dan mereka akan selalu ada dekat
kerana mereka dalam hati kamu. :)

shortmessagingsystem.

di mana katakata mereka buat aku tersenyum selalu. (:
*peringatan. aku pun akan balas sedas jugak okay -.-


me ; ra. mati dah ke? nak kubur tak?
ra ; nak. keranda kay. kayu jati. tanah gambut. nisan batu sungai. wasiat aku nie noia.
me ; jati mahal. aku ganti dengan plastik. tahan lama. murah. tanah gambut. atas aku tanam bonsai bakau. batu sungai leceh. aku guna kerikil. amacam.

ceh. nak keranda jati konon. mati kau kapan ja doe. -.-


me ; uh. siott. pergi check darah baru boleh makan. -.-
capix ; wah. sampai ceh darah . asal ?
me ; check untuk talasemia apa tah. siot duadua tangan aku kena cucuk. gelakgelak punya pasal. -.-
capix ; aku tak paham . ape kene mengena ngan gelak ?
me ; aku gelak goyanggoyang. kakak tu tersalah cucuklah. -.-
capix ; == sape suruh kau gelak2
me ; aku tengok jarum tu panjang kot. siott -.-

gahh. aku gelak sebab aku rasa nervous gila tengok jarum tu. urghh. babbi ja ohh. duadua belah pulak tu. -____________-


aqeel ; awek singapore wait for me!
me ; babbi gatal. ala diorang speaking kot.
aqeel ; biarla gatal aku suka. hahahaha celaka battery sikit charger tinggal.
me ; haha. weh. nak souvenir.
aqeel ; pelempang padu bole la aku kasi. duit barai ni jgn mcm2.
me ; haha. tarahal. bak datang.
aqeel ; kau nak jumpa aku pun tanak. damn.
me ; bukan taknak. aku ada hal kot. hm.

ngokngek sungguh kau aqeel. haritu balik kelantan pun charger tinggal. adoi. -.- nak bagi pelempang padu konon. bak datang weh. :DD lagi siott. dahlah memang aku ada hal kot tak dapat nak join korang hari tu. hm. ):


me ; ra. aku rasa nak tumbuk kau lajulaju.
ra ; okeng,
me ; bagus. aku suka ini.

hoho. serius part nie kau cakap dengan aku siapa ja yang nak kata okay kalau aku cakap nak tumbuk dia lajulaju. raccoon kau terbaik. :DD


p/s ; okay. aku mengaku aku jenis malas buang messages. melainkan dah berat gila memory. hell yeah. oinkoink. :DD

naif.

aku lihat anak kecil bermain riang. bergelak ketawa seakan dunia mereka yang punya. tiada hasad dengki. apa yang mereka tahu. bergembira sepuas puasnya bersama rakan sama ada yang dikenali atau tidak. kerana mereka tahu. tiada ada yang mampu merampas kegembiraan di kala itu. kenangan di zaman kecil berputar di fikiran. aku mahu seperti mereka lagi. tak perlu serabut fikir perihal dunia. ahh. anak kecil. sampai masa juga kamu akan digula gula garam dunia. kerana kamu anak kecil. terlalu naif.

kamu bergembira.
seiring masa kamu melangkah.
membesar dalam metropolitan.
dan bila kamu menoleh masa lalu.
hati kamu membentak.
alangkah naifnya aku.

p/s ; setiap diri manusia itu tidak pernah lari dari melakukan kesilapan hatta sekalipun. andai aku buat kamu terluka. maaf. aku tidak bermaksud begitu.

*aku terasa aku banyak sangat tulis puisi doe. omaigod. peliknya. -.-

3.12.10

pengakuan berani mati.

SAYA SUKA ZULHALIM RAMLI.
mersingmersing♥

1.12.10

nafas.

sedarkah.
remaja kamu tak pernah hargai.
apakah nafas ertinya.
fikiran kamu duniawi cuma.
dan masa terus berlari tinggalkan kamu.

bila kamu di perbaringan.
setiap nafas lemah kamu hela.
kamu cuba mencuri setiap ruang udara.
dipaksa isi dalam benak paruparu.
sesak.
kamu tercungap kasar.
perit.
tak terdaya.
kerana kamu sudah hampir ke penghujung.
sedaya kamu ucapkan syahadah.
selamat tidur wahai insan tua.

inspirasi ; nafas
by aqeel

p/s ; nafas? aku masih berfikir untuk apa aku masih bernafas.

30.11.10

k a w a n .

kawan. setiap dari kita punya kawan. sama ada realiti. imaginasi atau maya. setiap apa yang menghubungkan kita. itulah kawan. tapi hakikat. betulkah setiap kawan yang kita miliki itu benar benar kawan. bukan maksud aku kawan rapat. kawan baik atau kawan biasa. tetapi setiap apa yang ada dalam setiap diri kita.

aku berani kerat jari lah kalau korang pernah gaduh dengan sesorang yang korang pernah gelar kawan. tak ada nya korang nak mengaku kawan lagi kan?

serius korang akan cakap macam nie
'oh. aku kenal budak tu. '

takda nya akan keluar dialog macam nie
' oh. kawan aku tu. '

kan kan?

ada sesetengah orang memang jenis memilih sikit bab berkawan. yelaa. orang tuatua kan selalu cakap kawankawan tu lah yang akan membentuk siapa kita suatu hari nanti. aku serius tak pakai pun cakap orang tuatua nie. *yang nie jelaa zaman dah maju. guna facebook addadd orang pun dah kata kawan. bhai. addadd kat facebook pun kalau boleh budakbudak HOT lah kononnya. serius tak boleh pakai. -.-

tapi kawan bagi aku. orang yang aku kenal diri dia. okay. jujur cakap. aku jenis tak kesah dengan siapa aku kawan. sebab aku tahu. aku takkan jadi macam diorang. aku kawan dengan semua jenis orang. budak drug. gam. basikal. cc. motor. budak minum. masalah family. lari rumah. haa. yang masalah diorang lagi bertimbun dari masalah aku lah senang cakap. kalau kau nak bantai drug depan aku pun aku tak kesah.

kalau ada kawan aku yang dah berubah jadi lebih baik atau lebih teruk. aku tak boleh nak cakap apa lah. diorang yang pilih jalan diorang. tapi aku tak kesah diorang macam tu. sebab aku tahu. diorang happy dengan cara hidup diorang. setiap diri mereka yang baru. aku tak pernah tengok diri diorang yang baru. aku pesimis.

aku punya kawan di mana aku sanggup mati demi mereka. kalian?

29.11.10

hujandanpelangi.


turun rintikan hujan.
menemani sendu aku.
lalu aku bisikkan derita.
dan dibawa pergi titisan air.
tenggelam. tanpa jawapan.

mungkinkah.
munculnya pelangi lagi
untuk mewarnai aku?

citacita.

entah kenapa tetiba aku nak cerita pasal citacita. mungkin sebab ada orang tetiba tanya aku apa citacita aku. hm. jawapan standard aku. entah. aku sendiri pun tatahu. tapi aku ingat lagi. time kecik dalam biodata aku. aku tulis citacita aku guru. guru bahasa melayu. standard untuk budak sekolah rendah lah beb. time tu tahu kerja polis. ahli bomba. guru. nelayan. petani. sciencetist haa lagi apa tah. bikin gila jugak lah kalau aku tetiba tulis nak jadi nelayan ke petani ke even kerja tu mulia. tapi cuba kau fikir balik secara logik lah. kat kajang nie mana nak cekau pulak laut dengan tanah aku nak berjaring atau bercucuk tanam bagai. anyway memang aku tak minat pun dua kerjaya itu. -.-

aku selalu nak jadi guru sebab aku rasa jadi cikgu sangat comel. lagi best sebab time hari guru dapat hadiah banyak. hoho. memang fikiran budakbudak betul aku nie kan. tak apa. aku kecik lagi time doe time tu. sekarang. aku dah besar. *lahh sangat serius cakap tah bila citacita aku memang 100% takkan nak jadi cikgu punya. sebab aku baru tahu kerja cikgu tersangat susah. nak layan kepala budakbudak bagai. sorry lah aku memang tersangat anti budakbudak. leceh gila bhai. -_____________________-

okay. fullstop pasal time aku kecik tu. okay. citacita aku sekarang. aku terfikir nak jadi macam arwah ayah. programmer. atau handsome sikit aku nak jadi jurutera perisian. (:

27.11.10

sinis.

aku coretkan khas kepada kamu.
kamu yang bijak. tapi punya fikiran sempit.
sudah tentu kalah di tangan orang dungu tapi punya fikiran terbuka.
kerana kamu tetap akan punya satu sakit selamanya.
kejutan budaya.

26.11.10

happy birthday love.

iloveyougulagula♥
always.

25.11.10

persetan.

aku berdiri. menatap panorama kota.
kaget segala aksi manusia.
manusia demi manusia.
aneh. setiap satu daripada mereka.
ada cerita derita. ada cerita bahagia.
tapi bagi aku.
dunia tetap alam permainan.
terus berjuang atau dipermainkan.
aku. hampir mengalah.

24.11.10

laugh out loud biatch. (:


aku tergelak ja bukak blog budak convent ni.
ooopps. aku mentioned convent eh? :D
maaf saya sengaja. (:

*tak sangka dia jadi follower aku -.-

*click for bigger view

enjoy your day fakers. keep on badmouthing on others. (:
till you are in my shoes.

p/s ; dia terus unfollow. lawak gila heh. :DD

r a c c o o n . -.-


kay muhammad helmi.
aka saya mika ra.
nama pendek aku cipta.
ra-kun @ raccoon.

semalam lepak dengan dia.
selamat jugak aku pergi balik semenyih.
buat pertama kali eh. seseorang pulak tu. -.-
yeah. aku lagi pendek dari korang.
siott punya ra. capix sama haziq.

okay. ini cerita.
kes sengal tetiba pergi apply kerja cashier.
kat the store semenyih. -.-

*message
ra ; N0ia.. agk2 kte dpt x kje kt the st0re 2.
me ; macam tak akan dapat ja aku rasa. adoi. -.-
ra ; Tau xpe.. mcm ja0o0oh je dri jawatan cashier 2..

-_______________________-

p/s ; sengal. aku nak jugak amik test math tu. adoi. -.-
kesian kau nak cekau mana rm400 duit pecah lokar. kuikui. :D
lawak ja doe aku fikir balik.
aqeel. next time kau off kerja.
kita hangg okay. (:

23.11.10

aku.

aku marah.

aku benci.

aku sedih.

aku bengang.

aku kecewa.

aku lemah.

aku..
aku penat.

20.11.10

things to do.

for this great ho [ mework ] liday. -.-

- jogg setiap pagi. get into my shape back. i'm 50kg duh.
*mahu kuatkan stamina. hockey eh. -.-

- finish my effing 'thin' file of homework. damn it.

- jumpa awekawek kesayangan saya. imissyouguysalot. ):

- kenduri kahwin kaklong? hm. -___-
*i'm jobless anyway

- tertekan. okay. noktah. |:

eff. -.-

*click for bigger view

yess. i'm stupid enough for SBP.
urghh. okay.
bukti nyata juga aku tak suka bab kirakira.
-___-

tahun depan spm.
dan aku tak insaf lagi.
*sigh


h e l p ?

17.11.10

modenisasi.


masa berlalu terlalu pantas.
aku tak berdaya menahan lelah.
lemas diapit segala perubahan.
aku tenggelam dan menghilang.
percaturan hidup yang celaru.
aku buntu apa yang berlaku.
kerana aku bukan seorang haiwan sosial.
dan aku tidak seperti kalian.
yang mampu miliki segala apa kehendak.
situasi di mana aku terlintas.
mudahkah hidup seorang diri ini?
yang tidak punya apa apa.

14.11.10

pelancau.

orang kata bila dah masuk sekolah asrama penuh mesti pandai gila. nanti spm confirm dapat straight A+. tapi orang tak tahu. tekanan apa yang aku rasa. environment study dia. serius macam bilik mayat.
hm. entahlah. fail? ahha. sejak aku masuk kott bersepah paper failed. sial. bila tak dapat result bagus. bayangkan. bila orang yang kau harap nak bagi kau semangat untuk bangun. dia cuma bagi katakata yang buat kau rasa kau mati lagi baik. hm. arwah ayah tak pernah buat macam nie. kalau aku jatuh. dia akan bagi aku semangat untuk bangun lagi. tunjuk apa yang aku mampu buat. sekurangkurangnya aku dah berusaha apa aku mampu. aku perlu katakata ransangan you moron. bukan dengan katakata yang buat aku rasa hidup ni tak guna langsung. tahu. sakit gila apa yang aku rasa nie.

mungkin kamu tak rasa apa yang aku rasa.
selagi kamu tak berdiri atas kaki aku.

ihatemyselffornotbeingtheoldme. )':

13.11.10

dear you.

im sick of you. i have enough of you.
the ugly truth is since the first time you make me cry over you.
i hate you.

khas ditujukan kepada muhammad naim amirnudin.

12.11.10

my bad.


pernah bagai kekasih.
tapi itu masa lalu.
kita terpisah.
dan semakin jauh.
bertemu. dan hampir bisu.
tidak terluah.
adakah kita akan begitu seterusnya?
aku rindu kamu.
dan juga aku yang dulu.
maafkan aku.
andai aku buat kamu terluka.
ketahui ini wahai pelangi.
aku sayang kamu.

syakila sodikin.
imissyou.

its not over.


*thanks for the song.

6.11.10

.sebelum.aku.sekarang.

sebelum.
aku ini seorang jiwa kacau. serabut.
erti takut untuk aku?
dunia luar yang kacau.
akan ragut seluruh jiwa aku pergi.
dan aku sembunyi sendiri.
aku ini boneka kamu.
mainan hidup cuma huh.
kamu tak peduli akan luka aku.
yang kamu apa mahu.
cuma lihat aku tersenyum untuk kamu.
ketahui. aku hanya berpura.
setiap detik waktu aku bernafas.
aku. aku bahagia sendiri tanpa kamu.
aku punya segala tanpa kamu.
kamu itu hanya debu di angkasa.
tak punya apa makna buat aku.
sedari itu wahai pemain boneka terhebat.
aku suka diam. sendiri.
dan dengan itu aku kenal erti
b a h a g i a .

sekarang.
aku ini jiwa terluka.
yang menafi kenyataan.
masih mencari dalam cahaya.
semak. hidup ini bagai sampah.
tak tahu apa aku mahu.
serik segala isi dunia.
kepuraan kalian itu nyawa aku.
dan aku terus bernafas.
cuma aku tak bagai diri aku lagi.
aku masih mencari siapa aku.
modenisasi tak mengubah aku.
tapi jiwa kelam aku.
pelangi sepi sudah pudar.
aku hanya perlu kanvas untuk warnai lagi.

khas ; amir aimran.

pujangga hati.

tersenyum aku sendiri.
membaca kiriman hati kamu.
bagai anak kecil lagaknya.
comel sekali susunan kata kata kamu.
menarik juga ringkas.

selembut warna biru bingkisan surat itu.
warna yang punya makna keteguhan dalam kelembutan.

teringat kali pertama kita bertemu.
kamu ditemani saudara kecilmu.
keriangan mereka dimanjakan kamu.
buat aku tersenyum mengenangkan.
tak diduga akan aku.
kamu terlihat aku tergelak kecil.
dan kamu ketawa lalu hampiri.
lalu unjurkan saudara kecil itu.

di situ kita berkenalan.
dalam rintikan hujan di permainan.
dua hati terpaut. lantas satu janji terpateri.


p/s ; khas untuk amir aimran burhanudin.
sorry aku banyak gila merepek.
semua katakata nie adalah coretan kosong.
jangan kau pikir lain plak. tak ada makna bhai. -.-

*tak nak dah betting tulis puisi untuk kau.
lawak gila doe aku baca balik. :p

5.11.10

memories.

nobody forgets what happens,
the secret is learning to live with it.

kill me inside.

Emo Myspace Comments

i'm helpless.

23.10.10



i hate that i love you so.
all i can do is smile.
and pretend everything's okay.


22.10.10

totally jammed.

emotion.
sial. rasa nak pecah kepala. tengah fikir nak cari kerja masa cuti. tusyen time cuti. pelancau laptop kena virus. lapar. malas nak urus diri. serabai. sakit jiwa. rasa nak menangis. penat. tak larat macam nie dah.

family.
entah. ta serasa happy. tetap rasa kosong sangat sangat. sangat rindu ayah. teringin nak urut kaki ayah malammalam sampai berjam jam. entah. aku selalu purapura kuat. tabah untuk semua nie. tapi setiap kali sebelum tidur pun akan nangis. aku betul betul tak kuat. aku tak tipu. masih susah nak biasakan dengan perkataan. arwah ayah? aku masih dalam proses menerima kot. hm.

relationship.
suka dekat seseorang. tapi entah. tidak dipedulikan. tapi aku tak kesah. sebab aku rasa macam dah lama sangat aku suka dia. malas. aku bosan. aku dah tak peduli apa dah. aku happy status single. tak payah serabut kepala. sampah cinta monyet itu semua. sekolah tak habis lagi bhai. -.-

financial.
damn. serius kritikal. aku nak kerja. serius. penat bila kena merayu 'extra money' di mana sepatutnya termasuk dalam belanja bulanan sekolah. bodoh. sekolah asrama patut boleh simpan duit. tapi satu sen pun aku tak boleh masuk tabung. tiap minggu ada ja benda nak guna duit. pukimak then aku dicop makan banyak suka membazir. padahal aku setiap masa makan muka terpacak kat dewan makan tu. so isu ini sangat sensitif. serius aku benci bila cakap pasal kewangan. fullstop.

health.
seriously. i dont care much. -.-

rock on.

jauh.

aku dah bukan macam aku lagi.
aku dah jauh sangat dari aku yang dulu.
tak ada rasa nak hidup dah.
bayangkan. dalam setiap saat aku berubah.
orang selalu cakap. nanti semua pun berubah.
jujur. aku tak suka perubahan.
aku benci jadi macam nie.
serupa debunga lalang.

maaf. aku tak pandai susun luahan kata
apa yang aku rasa.
aku bukan penulis hikayat hidup.

ayah. imissyousomuch. )':

3.10.10

ribena.


muka time zaman darjah berapa tah.
thanks nazira tagged aku.

*cari aku mana satu :D

2.10.10

4jabirhayyan.

jujur. ketahui ini.
aku rindu di mana saat
aku dan kalian bagai anak kecil.
tidak kenal erti asam garam
kehidupan.

18.9.10

fakta mengenai aqeel I.

  • suka milo ais dan sekali sekala teh o ais.
  • power spek mata dia kanan275 kiri85.
  • suka kat seorang awek kelantan.
  • dengan sengal mengaku budu adalah sambal warisan keluarganya. -__-
  • pengalaman dia makan nasi lauk peria dan juga jus peria ketika dibuli senoir time main daerah kat klang terbaek dalam hidup.
  • muka sama style rambut minta penumbuk free aku :D
  • kalau bertudung. akan difeewitfeewit sana sini dan sanggup terjun metro kajang seandainya kapel sama lelaki. so sebab itu dia takkan pakai tudung lagi. -.-
  • suka domokun.
  • dah berjaya buat gila aku naik semula 0.8% :) 'tenkiu wehh
  • orang pertama yang aku buat tutorial bersama pasal code blog melalui ym + fesbukk. 'sumpah gila haih
  • ada awek naik waja amek gambar time stop kat traffic light. dia layan tunjuk peace sebab awek tu lawa. kalau ta dia dah bantai tunjuk f*ck.adoii. -.- 'memilih eh
  • somtammm + biskut bonbon lagi apa tah. :P

aku tatahu nak update apa. maaf aqeel :D

level99,


and counting. :p

mengong.



award ta seberapa dari aqeel I.

-.-

halusinasi.


terpisat aku di situ. termangu.
mencari si pemilik bayangan.
dan dia semakin jauh.
tiap kali aku cuba menghampiri.
jejaknya cuma cebisan teratai.
membuat aku terpinga - pinga.
dengan sebuah teka teki.
membentuk sebuah memori.

dan aku hanya
berhalusinasi.

dan kamu.


bintang.
hadirmu dikala sepi.
membuat hati tersenyum sendiri.
kini berharap ia kembali.
dan membuai lagi.

17.9.10

could you?



16.9.10

hakikat.


dan aku tidak punya kekuatan untuk ini lagi.
aku hanya mahu segalanya berakhir.

peduli,

peduli apa orang kata pelik.
itu pujian mungkin.
biasa? lagi pelik bukan.
tiada identiti diri.

peduli apa bila serabut.
macam orang sakit jiwa.
dan itu memang aku.

peduli apa bila kau hebat melangit.
dan aku tak seFAMOUS seHOT kau.

peduli apa bila tak dihiraukan.
aku lagi tak peduli kau siapa.
maen game facebook lagi baik.

peduli apa aku.
dah kepala otak aku macam nie.
aku tak sesempurna kau.
dan pelik.
mengapa kau peduli?
hidup aku tak effect kau kan?
so shut up and stop fucking around.

cinta bagaikan gulagula.
manisnya sebentar cuma.

15.9.10

serius.

maaf. aku berhenti.
ini terlalu berat untuk aku.

9.9.10

kamu.


belajar untuk melupakan kamu.
sama seperti mengingati
seseorang yang belum pernah aku kenal.

.rest.in.peace.


08092010.
jam2010.

disini kita berhenti.
kebenaran terpateri.
mimpi yang pasti.
pelangi sepi.

6.9.10


hari kemenangan hampir tiba.
dan ia tidak punya apa makna.

5.9.10

hello,

this is my new me.
hatiplastik.


sorority life.
level98.

...


aku ; i miss you.
gulagula ; Imyt. kau 0kay?
aku ; alone macam biasa. (:
gulagula ; Fmly kau?
aku ; modem. -.-

*awek. serius aku rindu kau.
aku rindu masa sangat kita duludulu. ):
aku rindu ym bisu. share botol aer. hm.

28.8.10

bodoh.

okay. maybe tajuk agak kurang ajar.
but aku rasa sesuai kot dengan apa yang aku rasa.
serius lah weh.
ini bukan cara kau nak ajak orang berborak dengan kau.
macam bodoh gila kot.

okay. female fakers.
apa perasaan korang bila orang [boys expecially ]
tegur korang macam nie.

' hye awak. (: '
' sehat ke? '
' puasa tak rini? '
' puasa penuh tak? hehe. '

duh. sumpah menyampah gila kot.

APA MASALAH KAU NAK TAHU ORANG PERIOD KE TAK?

FYI. kau patut BERSYUKUR if seorang perempuan tu PERIOD. ITU TANDA DIA BOLEH MENGANDUNG TAHU.
tanda penyambung zuriat bila dah kahwin nanti.

LAINLAH KALAU KAU TAK BELAJAR SAINS.
tapi menda alah nie semua orang pun tahu kan.

SERIUS aku benci orang dok bahan girls yang tengah period.
boooooooooddddddddooooooooooooooooohhhhhhh!!!

sekurang kurangnya girls ta puasa sebab period.
alasan yang kukuh dan munasabah.
BUKANNYA KORANG YANG PONTENG PUASA TANPA SEBAB.
lepas tu bahan girls period.
tak sedar diri awak tu lagi perangai jahanam. -.-

okay. noktah.

konklusi ; penat jawab soalan bodoh nie. -.-

round we go.
the world is spinning.
when it stops.
it's just beginning.
sun comes up.
we laugh and we cry.
sun goes down.
and then we all die.
-samara's song-

27.8.10

mungkin.

sekarang jiwa semakin kacau dan menjadi sepi seperti dahulu.
ini yang aku mahu. jadi aku tak kesah perubahan ini.

kata kata juga semakin mengikut skema buku teks. haih. -.-
entah. mungkin aku baru sedar.

banyak kata kata aku coretkan dalam puisi.
tidak banyak berkaitan dengan hidup aku.

okay. berkaitan puisi dalam post sebelum nie. telukG.
act idea tu datang time cekgu aisyah bercerita.
cekgu aisyah ajar bahasa melayu.
cerita dia pasal bernas kalau tak silaplah.

bernas yang berkaitan dengan israel dan sebagainya.
hm. aku banyak idea bila time cekgu aisyah.
aku suka gila kot. walaupun time nie ramai gila yang tidur.
dan macam biasa juga.
selalunya aku seorang ja yang duduk belakang tak tidur.
macam pelik juga lah. =='
sebab time yang lain tu aku senang gila tidur.

konklusi ; aku sayang cekgu aisyah. :D

telukG.

-khasbuatpejuangbumiGaza-

sedang dalam sepi.
bagaikan aku terdengar.
jerit tangis derita.
teriakan hati sengsara.
mereka di sana.

tuhan.
kuatkanlah hati mereka.
agar tabah menangani luka.
ciptaan manusia durjana.

semoga mereka menang.
dalam dugaanMu ini.

21.8.10

20ogos2010.



tujuan ; jumpa ella. (:
*awek di atas.

lokasi; mid valley.

theme; baju kurung.

aisyah. (:

ella dan peace.

tiga.

aku dan ella.
*aku gemok dah.

ella dan aisyah.

toilet. -.-

semua pun. :)
aku. echah. ellarawks. aisyah. niniski.
*yang tak ada; saranes dan emanda.

yeah. tak seberapa nak teruja dengan post ini.
btw eh. aku memang muka kampung.
tak payah komen apa pun.
fullstop.

15.8.10

rindu.


serasa seperti diri ini sudah seperti dahulu.
hanya sendiri dalam diam. sepi sang pelangi.
tapi yang beda hanya tiada kamu di sisi.

khasuntukkamu.
syakilasodikin.

serasa macam dah tak dapat terima semua itu semula . semua bagaikan lakonan semata . hanya sebuah kisah imaginasi untuk mengaburi mata . tiada yang dapat mengubah perjalanan sebuah cerita . mereka hanya pandai berkata . hipokrit untuk menutup segala .

*pinjam kata kata syakila sodikin.

sayang. jiwai kata kata ini.
milik sebuah jiwa.
yang penuh makna.
jiwa itu luka.
dan jiwa itu derita.
dalam sendiri.
dan kamu.
aku juga jiwai ini.

14.8.10


katakata arahan kamu.
dia turutkan segala.
tanpa ada bicara.
walaupun dia terluka.
dia masih tersenyum.
hanya untuk kamu.
tapi kamu.
dia soldadu mainan cuma.
sedarlah kamu wahai pujangga.
inilah pengorbanan cinta baginya.

khasbuatkakakbunga.

in the dark.


12.8.10

untittled.


letih sudah aku.
sudah jerih.
puas segala jerit kecewa.
kini sudah.
aku mahu berhenti.
dari cengkaman celaka kamu.

with the help of NINISkacak.

10.8.10

05julai2010.

okay. act minggu nie ada test. hoeh.
macam biasa lah jugak lah.
aku study macam mana pun tak dapat jawab paper gak.
dan aku rasa terbaek ialah fizik. :)
kertas terakhir hari ini dan juga penutup segala paper
selama tiga hari ini. [ start selasa ritu ]

okay. fizik. start pukul 2.40 sampai 4.20petang.
semua orang pun study macam biasa dalam kelas.
then zawani asri @ chong start merepek kat whiteboard.
dan terbaek.
dia tulis semua formula fizik kat board.
then tajuk dia sebagai formula addmath.
bukannya formula fizik.
hoho. sumpah sengal gila. :D

duh. gila betul. then petang uh pulak cekgu
yang ajar kitorang fizik jaga paper kitorang.
ceh. cekgu senyum senyum ada lah.
sengal! -___________________-

*thats why aku lagi suka fizik dari chemy.
tak ada kena mengena. okay.

hopefully aku lulus test nie.
tambahan dengan formula yang gila kat board uh.

konklusi ; oh jabirians. -.-

31.7.10

peace kau babi.


no dalam batch.
157

= setupig.

gah. bodoh gila aku.

-_________________-


mungkin.

bila aku suka pada kamu.
sebenarnya.
aku juga mengharapkan.
pada kamu.
noktah.
tiada tersendu lagi.

kembali.


hanya mahu menyambung setiap degup nafas.
untuk diri kamu.

message from your heart.



30.7.10

penama.


kau pelakon terbaik.
pura pura bahagia.
sedang hati kamu menangis tanda benci.
sungguh palsu.
wahai si anak gadis boneka.

tenkiu sayang.


yeah. di sini ada pic kacak dari nazira.
untuk header blog aku act.
tersangat banyak.
klik untuk yang gambar yang lain.
*tak larat nak upload.
thanks awek.
:D

*maseh dalam proses nak
mengecikkan sekalian gambar ini. -.-




11.7.10

satu hari nanti.


aku mahu jadi seperti ini.
aku nak berjaya dalam hidup.
haha. yes. aku sangat suka buat kerja ngukur tanah nie. :)
oh. teknikal sangat best tapi memenatkan.

*yes im the only girl in this group. -.-

-___________-


set up levelshit staff.


ukur ukur. :D


gemok. -.-


dari rumput ke simen kitorang ukur. -.-


sumpah penat doe nak kasi menatang alah uh stabil.
-_____________-


semoga aku tetap berusaha untuk jadi rajen.
tak main main. kurangkan makan. *err
dan sebagainya. *insyaAllah
untuk berjaya di masa depan.

cita cita aku nak jadi macam arwah ayah aku.
computer programmer.

and yes. this is me.
(: